Blog yang berkongsi pelabagai cara dan tutorial

Belajar cara buat coconut shake

Panduan cara-cara bagaimana hendak membuat coconut shake

coconut shake
Anda sedang mencari resipi mudah,cepat,segera dan lagi lazat untuk coconut shake?jika ya anda sekarang berada ditempat yang betul.Saya kongsikan kepada anda resipi dan cara membuat coconut shake yang sungguh lazat,sihat.Saya dapati masih lagi ramai yang belum tahu atau pun mengenali apa itu Coconut Shake.Coconut Shake adalah sejenis minuman yang berasaskan dari buah kelapa muda,bahan-bahan yang di gunakan adalah seperti isi Kelapa,air Kelapa,ais Krim perisa perisa Vanilla (Walls),air Gula dan ais kiub/batu.Kesemua bahan-bahan ini akan kita blanderkan bersama-sama nanti.Apa maksub coconut shake ini yer?..coconut adalah kelapa manakala shake adalah goncang..jadi apabila ianya digabungkan,maka jadilah kelapa goncang..eh silap..coconut shake.

Untuk pengetahuan semua,coconut shake adalah sejenis minuman yang sangat best lagi sedap..saya sendiri mula kenal dengan coconut shake ini ketika berada di kuantan pahang..

kedai yang menjual coconut shake di teluk cempedak adalah suatu tempat yg menjadi kegemaran atau kemestian untuk saya kunjungi.

Kini, hidangan minuman sejuk ini sudah semakin popular kerana ianya mampu menghilangkan dahaga di kala waktu panas yang membahang.Rasa kelapanya ditambah pula dengan adunan ais krim pelbagai perisa terutamanya vanilla pasti menambat selera penggemar sajian berasaskan kelapa muda ini.Hasilnya yang sangat menakjubkan,boleh di buat berbuka puasa,moreh dan juga bersahur.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT COCONUT SHAKE


  1. Air kelapa muda
  2. Ais krim vanila
  3. Isi buah kelapa
  4. Ais
  5. Air gula

CARA MEMBUATNYA


  1. Sediakan blender.
  2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, ais krim perisa vanila dan ketulan ais ke dalam blender.
  3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
  4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
  5. Siap sedia dihidang dan diminum.


Mudah bukan,so anda boleh la untuk cuba membuatnya sekarang. - ini dia caranya

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Belajar cara buat coconut shake

5 comments: